UJIAN STANDARD KECERGASAN KEBANGSAAN

Saturday, November 8, 2008


PENGENALAN

Ujian Standard Kecergasan Kebangsaan ( SEGAK ) diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005.Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya di sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008.Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

MATLAMAT

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

OBJEKTIF

Murid dapat :

1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pihak sekolah.
3. menganalisis, menginteprestasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu.
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu.
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

ITEM UJIAN

1. Naik turun bangku
2. Tekan tubi
3. Ringkuk Tubi Separa
4. Jangkauan melunjur
5. Pengiraan indeks jisim badan.( BMI)

Aktitiviti yang telah dijalankan.

Selaras dengan hasrat KPM Panitia PJK SKM telah menjalankan aktiviti ini pada bulan OGOS 2008.Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5.Aktiviti ini telah dijalankan selama 4 hari di kawasan sekolah.Pihak Panitia PJK telah mengubah suai peralatan yang digunakan untuk menjimatkan kos dan bersesuai dengan keperluan murid-murid.Menurut Guru Besar SKM ( Pn. Hjh. Rodziyah bt. Mohd. Yunus ) sekolah ini merupakah sekolah yang pertama melaksanakan aktiviti ini.

Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak terutamanya murid-murid SKM.Disamping itu guru-guru PJK juga dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam menguji tahap kecergasan murid.

Pihak Panitia PJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini.Semoga Aktiviti ini memberi manfaat kepada semua dan ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.